Lelaki Zaman Sekarang
Mikail,
3 Julai 2019.
Pada pikiran bapak, jadi lelaki kene pandai serba serbi. tak dapat x, kene juge pandai bertukang skit2, pandai masak skit2 (boleh masak nasi goreng pon boleh le!), pandai repair kete skit2 dan lain2 la skit2. hehe walaupun skit, tapi confirm sangat membantu. Sebab ape tau, kalau kita pandai la buat serba serbi, kita dapat la berjimat.
Mika tak tau, skrg ni ramai yang meniaga. time bapak kecik dulu, takde org niaga online2 ni. yelah time bapak kecik, takde internet lagi. maka peniaga meniaga dengan cara tradisonal la kan. zaman ko ni nak, dah ade internet. maka ramailah peniaga2 nih cuba berniaga. Jadi, harga barang semakin jadi murah mika oi sebenarnya. kalau barang-barang tak original, leh dapat bawah rm10 tau. tapi kalau kita gi kedai, jahanam.. it just harga upah yang dorg amek terlalu tinggi. terutamanya melibatkan teknikal mcm repair kereta saga bapak tu. Mika pikir jek la eh, kawan bapak, hata ariffin. dia nya ekon kete nak kene servis. dia suh jiran kita tu, tino buatkan. beli filter drier baru RM65. pastu isi gas, cuci skit, upah kawan2 adalah katanye dalam RM200. tapi kat kedai ekon, RM300++ tuh mika oii.. berapa banyak dia amek untuk upah tu..
Itu bab kereta, kalau bab makan plak.. katalah tekak nak makan ayam goreng, kita gi KFC. dinner plate, yang 3 ketul ayam tu, dah RM19.90. kalau bapak pandai masak, sekor ayam kat J5 tuh, baru RM14.90. Siap boleh boleh potong 8 kerat. Goreng la guna tepung serbaguna. Jimat tak?
Kita tengok sebelah kerajaan pulak, kita memang mahukan surrounding yang mcm ni sebab nak mengalakkan orang untuk kuat bekerja, kumpul duit untuk dibelanjakan duit tersebut. haaa macam nak rancakkan ekonomi negara la tu. Tapi, yang pedihnya adalah kepada lelaki yang malas dan semangat ala-ala hangat taik ayam maaacaaammm bapak hahaha.. sebab itulah bapak tengah carik cara macam mana nak kekal bermalasan tetapi boleh menjana pendapatan. ade ke ek?
Bapak ada ushar beberapa mende yang interesting untuk bapak cuba salah satu tu adalah jadi personel shopper. PS kata ibu ko. Disebabkan PS jugelah bapak hampir muflis di tengah bulan. PS nih Mika, dorg gi oversea mcm paris ke london ke.. pastu dorg buat iklan untuk belikan barang, paling banyak barang perempuan la mcm handbag mahal2 tuh.. sebab dorg kata kalau beli kat sana murah compare dengan beli kat malaysia.. sebab kat sana, selalu buat sale bila pertukaran season.. kan kat eurpe tuh ada 4 musim.. jadi kerja PS ni, kita belikan barang org.. kan mcm senang kan?
mende yang kedua adalah influencer. haaa ini lagi best. dorg nye keje buat mcm iklan kat FB ke Instagram ke Youtube ke mcm tuh ar.. ala, mcm yang mika tgk kat youtube pasal budak tu komen2 pasal mainan. haaa itulah keje influencer.. tapi bapak perasan yang ini kene ada bakat semulajadi untuk pandai bercakap. kalau bapak yang buat ni, sunyi jek kot.. cakap yg merapu2 tuh bapak pandai.. hahaha tapi bapak rasa, keje ini ibu ko boleh, dia kan suke ushar2 influencer2 yang ada kat market.. smpi siap kenal kawan kepada influencer lagik.. ragam ibu ko tu bapak aje yang tahu.. mungkin ibu ada belaja one or two things about influencer.. bukan bapak taknak cuba yang ini, tapi bapak rasa bapak tak boleh jadi artis. sbb bapak kan pemalu orgnya, tak suai buat keje2 mcm ni tau.
mende yang ketiga, adalah investment. part ni pon modal nya.. aduyai.. mcm nak nanges bapak rasa.. tapi sangat best sbb takyah buat pape.. disebabkan tak perlu buat pape kecuali menunggu, so bapak pon try la kan.. bapak ade le letak duit skit kat bank as short investment.. 6 bulan dapat faedah 4%.. hurmm kalau ada 100 000, boleh la dapat 4k. haha 4k bahagi 6, dapat lah 800 sebulan.. itu kalau 100k.. mane lah bapak ko ada 100k.. tapi kejenya sangat mudah, ko duk lepak jerk bermalas-malasan.. tahu2 gi bank withdraw duit jek.. hahaha masyukkkkkk..
buat masa sekarang, bapak nampak 3 keje sampingan untuk kita sebagai lelaki boleh buat. yelah mika, bapak kene juge consider untuk bahagikan masa nak nganto ko gi taekwando+kelas mandarin+kelas ngaji, ibu nak gi mane2, bapak ko juge jadi driver. naseb 1 je ibu.. kalau ada 2 ibu, lagik lah, gamaknya tido dalam kete lah bapak nanti.. haha..
Comments
Post a Comment