Forex 101



Pengenalan 

Forex atau Foreign Exchange adalah satu platform yang memperdagangkan nilai matawang sesebuah negara dengan nilai matawang sebuah negara yang lain. Perubahan kadar perbandingan inilah yang akan mendatangkan kerugian ataupun keuntungan bagi peruncit Forex.

Apabila peruncir membeli usd dengan matawang lain seperti euro. Peruncit tersebut sebenarnya membeli pegangan terhadap ekonomi US yang pada bacaan peruncit tersebut berpotensi untuk mengatasi ekonomi European Union (EU).

Asas perdagangan Forex adalah mudah iaitu membeli pegangan pada kadar perbandingan nilai tersebut adalah rendah, serta dianggap berpotensi akan naik. Juga menjual pegangan pada waktu kadar perbandingan nilai tersebut adalah tinggi, serta berpotensi akan turun. Bagi kedua dua keadaan ini yang akan mendatangkan keuntungan bagi peruncit Forex.

Pasangan matawang

Pasangan matawang atau disebut currency pair merujuk pada matawang yang didagangkan seperti contoh USD / JPY. Forex dapat mengurangkan risiko pada peruncit kerana kebergantungan tidak pada kekuatan nilai matawang sebuah negara sahaja, tetapi lebih kepada nilai perbandingan dua matawang tersebut.

Pasangan matawang adalah terbahagi 3 jenis iaitu major, crosses dan exotic. Major mewakili pasangan matawang bagi negara - negara maju yang memiliki kecairan aset yang tinggi serta spread yang rendah. Kebiasaannya, pasangan matawang tersebut adalah stabil, dan boleh diramalkan turun dan naik kadar nilai nya. Contoh major adalah seperti EUR/USD, EUR/GBP, GBP/USD, USD/JPY, USD/CHF, USD/CAD, AUD/USD dan NZD/USD.

Crosses adalah pasangan matawang major yang tidak melibatkan USD. Sebagai contoh adalah GBP/JPY, GBP/CHF, JPY/AUD dan lain - lain.

Exotic pula adalah pasangan matawang bagi negara yang sedang membangun. Pasangan matawang jenis ini tidak memiliki kecairan dan tinggi spread nya. Pasangan yang melibatkan matawang seperti singapura SGD, hong kong HKD, rusia RUB, india INR dan lain lain.


Comments

Popular posts from this blog

Tambah ilmu forex

Lelaki Zaman Sekarang

Update post